Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.dang.gen.dang] | ݢندڠ٢

Definisi : sj selaput, kulit ari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendang-gendang

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Satu juga gendang berbunyi.

Bermaksud :

Selalu sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaGendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam.
Kurik Kundi Merah SagaGendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk.
Kurik Kundi Merah SagaGendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan.
Kurik Kundi Merah SagaKetuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang.
Kurik Kundi Merah SagaPukul gendang sambil berdiri, Pukul gong sambillah duduk; Adik nak bawa ke rumah sendiri, Barang ke mana pun abang mengikut.
Kurik Kundi Merah SagaPukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang.
Kurik Kundi Merah SagaPukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta.
Kurik Kundi Merah SagaGayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana.
Kurik Kundi Merah SagaTak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama.
Kurik Kundi Merah SagaTabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama.
12

Kembali ke atas