Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getah

Puisi
 

Naik ke darat memotong getah,
     Ambil sekerat ampaian kain;
Bagaimana tanah nak basah,
     Hujan menimpa di tempat lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.

Bermaksud :

Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPokok jelutung getah jelutung, Buat getah burung merpati; Abang berpantun adik berpantun, Dalam pantun mengikat hati.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke darat memotong getah, Ambil sekerat ampaian kain; Bagaimana tanah nak basah, Hujan menimpa di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membeli nangka, Getah jangan tuan salaikan; Pantun ini pantun seloka, Mana salah harap maafkan.
Kurik Kundi Merah SagaDayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah.
Kurik Kundi Merah SagaTengku Pangiran Datuk di Jambi, Naik ke darat mencari getah; Berasa hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaSangat hairan datuk di Jambi, Puyuh mengeram di atas getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan menderam tanah tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaHujan lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaDatuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaAsam lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah.
12

Kembali ke atas