Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ghaib] | ‌غاءيب

Definisi : 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ghaib] | ‌غاءيب

Definisi : 1 tidak dpt dilihat; tersembunyi: Bomoh-bomoh biasanya menggunakan ilmu ~ utk mengubati sebarang penyakit. 2 tidak ada lagi; hilang dgn tidak semena-mena: Setelah orang tua itu berkata-kata, ~lah ia. 3 tidak diketahui sebab-sebabnya dll; ajaib: Peristiwa yg ~ itu menghairankan semua orang. mengghaibkan menjadikan ghaib; menghilangkan: Ahli silap mata itu berjaya ~ barang-barang yg ada di atas meja itu. keghaiban hal atau keadaan ghaib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghaib

Puisi
 

Kelip-kelip kusangka api,
     Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip kusangka api, Kalau api mana dapurnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya?
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip kusangka api, Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya?
Kurik Kundi Merah SagaBukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa.

Kembali ke atas