Kurik Kundi Merah Saga | Asah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hisap rokok dalam kelambu, Terbit asap menjadi abu; Saya umpama golok kayu, Tetak tak lut gadai pun tak laku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit terkedok-kedok, Hendak cari damar batu; Habis kering bergadai golok, Hendak sambut anak menantu. |