Kurik Kundi Merah Saga | Singapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Aishah kerani gudang, Satu minggu sekali datang; Badan kecil leher jenjang, Sangat rindu kalau tak pandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Brooke hilir belayar, Memberi tabik gudang kompeni; Kepala tunduk menahan sabar, Hendak bercakap tidak berani. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal sudah pergi belayar, Membeli padi gudang kompani; Bukanlah tunduk menahan sabar, Akan ku berkata tidak berani. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke Tanjung membeli sirih, Belum dapat kuning gagangnya; Habis gudang cindai kupilih, Belum dapat sering benangnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; Harimau mati dilanggar tikus, Buaya mati di tepi gudang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; Harimau mati dilanggar tikus, Buaya mati di tepi gudang. |