Kurik Kundi Merah Saga | Gulai kangkung gulai gumbiling, Sayang kucai berkudut-kudut; Amunku batah tinggal seorang, Kampung usai menjadi kusut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai lobak ikan senangin, Nampak lombong mengail emas; Ombak besar dikacau angin, Ikan di tepi mati lemas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi kunyit gulai ayam, Mari makan di Batu Melintang; Topi senget jalan malam, Jalan mencari sanggul melintang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur gulai lemak, Batang padi dibelah dua; Biar saya dimarah emak, Asal jadi kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Semenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. |