Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gun.dah] | ݢونده

Definisi : 1. dukacita, sedih hati: setelah meninggalkan negeri ini saya akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; 2. sl rindu: marilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera, ~nya kita akan Laksamana; bergundah berduka, bersedih: puteri bersedih ~ hati; menggundahkan mendukakan, menyedihkan, menyayukan: hal apakah yg ~ hatikau itu? kegundahan perihal gundah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gun.dah] | ݢونده

Definisi : 1 perasaan sedih atau bimbang; dukacita: Badannya menjadi kurus kering kerana menyimpan ~ dlm hatinya. 2 berasa rindu: Alangkah ~nya kita akan Laksamana. ~-gulana tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. menggundahkan menyebabkan berasa gundah; menyedihkan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gundah

Puisi
 

Sayang engkodok berbunga ungu,
     Sayang selasih berbunga biru;
Tuan gundah saya terharu,
     Kerana kekasih baru bertemu.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang engkodok berbunga ungu, Sayang selasih berbunga biru; Tuan gundah saya terharu, Kerana kekasih baru bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaBujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaTumbuh padi tumbuhnya rendah, Patah dilanyak si anak Cina; Harap hati terlalu gundah, Mengenang tuan entah di mana.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina memasang lukah, Mari dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati haram tak gundah, Bagai rambut disimpul mati.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah.

Kembali ke atas