Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1 bahagian di sebelah muka; depan: Dia berdiri di ~ saya. 2 yg akan datang: masa ~; tahun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Jangan bicara di laman tangga,
     Cucur atap ke rumput juga;
Jangan bicara di hadapan mata,
     Dalam dakap kurebut juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNyiur manis dimakan rusa, Peti belayar Negeri Keling; Buat manis hadapan kita, Hati berkisar tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaJangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.
Kurik Kundi Merah SagaPadi malar cero tak putih, Rambutan gading di dalam timba; Hati mana saya tak sedih, Buatan tuan di hadapan saya.

Kembali ke atas