Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk mengadakan kenduri utk men­doakan supaya selamat; doa (sem­bah­­yang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan me­mak­bulkan se­suatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menu­nai­kan) ~ menyampaikan niat (biasa­nya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecil buang air kecil; berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil; menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; meng­ingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerlu­kan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hajat.

Puisi
 

Dari Pahang ke Kuala Lipis,
     Hajat hendak terus ke utara;
Masa bertentang mulutnya manis,
     Bila belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(41)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDatuk Bentara mudik ke hulu, Hajat membina sebuah kota; Biar mara datang bertalu, Namun cinta kugagah juga.
Kurik Kundi Merah SagaDari Pahang ke Kuala Lipis, Hajat hendak terus ke utara; Masa bertentang mulutnya manis, Bila belakang lain bicara.
Kurik Kundi Merah SagaIkan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api bergulung-gulung, Anak buaya mulut disimpai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerjak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menembak Johor Lama, Asap sampai Johor Bahru; Hajat hati sudah lama, Nak cakap takut malu.
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas embun berderai, Patah kemudi haluan perahu; Hajat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Hajat hati tak ndak bercerai, Perintah Allah siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaPutih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
12345

Kembali ke atas