Kurik Kundi Merah Saga | Haji-haji berbaju jubah, Sembahyang dalam perahu; Tuan berjanji tidak berubah, Bulan di atas dimakan Rahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Haji Daik duduk di pintu, Dagu ditumpang menggigit jari; Memang pahit hidup dimadu, Biar bujang seorang diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji memakai jubah, Mari sembahyang berhantar lalu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal merubah saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji berbaju jubah, Orang sembahyang haluan perahu; Hati saya tidak berubah, Hati abang belum tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji berbaju jubah, Mari salin dalam perahu; Hati tuan belum berubah, Hati saya manakan tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pak haji memakai jubah, Jubah dibuat negeri Selibis; Kasih kekal tiada berubah, Putus jiwa bersama habis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Santubong berkota nibung, Haji Ahmad kepala kampung; Alang nan sakit badan menanggung, Siang dan malam main berkampung. |