Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam beranak empat, Mari makan di cerang rimba; Hak jinak tangkap tak dapat, Hati mana abang tak gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain empat lipat empat, Lipat mari di atas geta; Cari hak lain payah nak dapat, Baiklah balik janda sedia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lepas kuda jalan ke barat, Ambik kain buat panji; Lepas muda jangan diharap, Ambik hak lain buat ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakai tarbus orang Jerman, Pakaian lama menjadi kain; Barang yang lepas mintaklah kenan, Dalam kenan hak orang lain. |