Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : arah, tuju: sungainya kecil mengalir ~ ke pantai; mereka mempunyai ~ perjalanan yg berlainan; tidak tentu ~ tidak berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru); berhala berarah; menghala menuju, mengarah: terbang ~ ke utara; menghalakan mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~ perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hala (kata nama)
Bersinonim dengan arah, haluan, tuju, hadap, tala, tepas, paran;,
Kata Terbitan : berhala, menghala, menghalakan,

Puisi
 

Daun entemu terlampai-lampai,
     Ditiup angin hala ke darat;
Malam Sabtu hajat tak sampai,
     Ikut rasa hati melarat.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBukit Besi hala ke bendang, Rama kutatang dalam mangkuk; Sudah benci jangan dipandang, Nama saya jangan disebut.
Kurik Kundi Merah SagaDaun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang.

Kembali ke atas