Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lia] | هليا

Definisi : sj tumbuhan (rizom yg umbinya pedas), jahe, Zingiber officinale; ~ hantu = ~ hutan = ~ kera, sj tumbuhan (herba), lidah hantu, meroyan tunggal, puar birah, Globba pani­coides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lia] | هليا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan rizom yg ubinya berasa pedas (digunakan dlm masakan dll), Zingiber officinale. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halia

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat juga akan sudahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Muat tebu di haluan,
     muat halia di buritan.

Bermaksud :

Waktu berdepan berkasih-kasihan, bila di belakang berdengki-dengkian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini tanam-tanaman, Ke barat juga akan condongnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sudahnya.
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya.
Kurik Kundi Merah SagaHalia dibungkus dengan kain, Hendak dibubuh dalam raga; Boleh saya cari yang lain, Tapi tak dapat seperti dia.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk.
Kurik Kundi Merah SagaCabut ciku tanam halia, Cabutlah serai di umbut manis; Masuk tidur ingatkan dia, Tunduk ke tikar duduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit menggali halia, Baik sekali ke tulang belut; Jika jadi dengan adinda, Cik adik bergurau si bulan tutup.
Kurik Kundi Merah SagaMakan nasi berulam bawang, Makan halia tiga hiris; Besar mana nak meminang orang, Air disiram haram tak tiris.
Kurik Kundi Merah SagaUlam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang.
Kurik Kundi Merah SagaLimau bertumbuh di tepi tebat, Tanam halia habis layu; Harimau mengambur serta melompat, Habis kera panjat kayu.
12

Kembali ke atas