Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Ainon jalan ke selat, Pulau Pinang pasirnya halus; Air kuminum terasa kelat, Usahkan kenyang bertambah haus. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gajah mina hitam di laut, Tujuh hasta panjang gading; Halus pinggangnya bagai diraut, Susahkan cari bakal banding. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Talang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak siapa terbatuk-batuk, Perut buncit nampak mengantuk; Kalau pancing ikan betuk, Kailnya halus baru dipatuk. |