Kurik Kundi Merah Saga | Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang hari tanam keladi, Daun keladi balik-balik; Hamba pergi bawa diri, Tinggallah duduk berbaik-baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Wak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu cendana titian beruk, Orang menebang kayu beraksa; Hamba ini orang buruk, Tambah hina tidak berbangsa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok jelatang daun berduri, Kalau disentuh rasanya bisa; Hamba berjalan berhari-hari, Orang dicari tidak berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Dayang menggulung benang, Budak-budak bermain guli; Hamba seorang duduk mengenang, Orang dikenang bukan peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga. |