Kurik Kundi Merah Saga | Buyong si amat Jutan, Lelap tinggi hari; Hari-hari gila sumpitan, Tegal dek burung terbang tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari-hari tolak bertimba, Jaraknya batang jambu; Hari-hari tolak bercinta, Hajat hati guring sekelambu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari-hari turun ke gua, Sarat membawa buah-buahan; Hari-hari mintakan doa, Lekas bertemu mudah-mudahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kepiting ketam kepiting, Hari-hari merendam lada; Kalau tak ada bukit ke dinding, Hari-hari bertentang mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Wahid anak Melayu, Hari-hari mengail udang; Orang menjahit saya tak tahu, Tentang menggunting jangan bimbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri. |