Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (bina­tang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pem­baca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,

Puisi
 

Hendak berjalan jambatan panjang,
     Orang bertukang jambatan roboh;
Adik berdoa umur panjang,
     Selagi hayat kita berjodoh.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.
Kurik Kundi Merah SagaHendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan.
Kurik Kundi Merah SagaMingai puan mingai selasih, Mingai kembayat pergi berlembu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaIngat puan ingat selasih, Ingati kembagau berambu-rambu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaTetak buluh banyak duri, Kain kebayat di Padang Semu; Biar kurus jangan mati, Ada hayat boleh bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaPergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu.

Kembali ke atas