Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helang

Puisi
 

Helang laut helang jambangan,
     Helang di darat mematuk padi;
Kalau diikut mata timbangan,
     Sama berat baru menjadi.


Lihat selanjutnya...(42)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHelang-helang kaki pelanduk, Gulai daun dipatah dua; Kamek sehelang dengan juak manuk, Lama laun sudinya juga.
Kurik Kundi Merah SagaHelang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi.
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaHelang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang.
Kurik Kundi Merah SagaHelang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam.
Kurik Kundi Merah SagaAnak helang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah ia; Anak dagang tak lama di sini, Sampai musim pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaBurung helang terbang dekat, Dalam beringin tempat titinya; Barang yang hilang takkan dapat, Cari yang lain akan gantinya .
Kurik Kundi Merah SagaAnak helang dibawa terbang, Bawa terbang terpingit-pingit; Kalau abang tahu membilang, Cubalah bilang bintang di langit.
Kurik Kundi Merah SagaAnak helang di atas gunung, Singgah semalam di Bukit Pinang; Tengah malam bangkit melengung, Bila tahun kita nak senang.
12345

Kembali ke atas