Kurik Kundi Merah Saga | Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Jambi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau tuan hendakkan kami, Carikan kijang bertanduk emas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Parang bila saya tanjakkan, Tidak peduli kepaya dulang; Barang bila saya hendakkan, Tidak peduli di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke paya, Ikan haruan mudik hulu; Kalau tuan hendakkan saya, Cuba nyatakan terlebih dahulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke paya, Ikan haruan mudik hulu; Kalau tuan hendakkan saya, Cuba nyatakan terlebih dahulu. |