Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dup.hi.dup] | هيدوڤ٢

Definisi : 1 benar-benar hi­dup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Puisi
 

Orang buat tikar pandan berduri,
     Jangan buat pandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
     Jangan hidup dibenci orang.


Lihat selanjutnya...(113)
Peribahasa

Mati di sisi yang hidup,
     hidup di sisi yang mati.

Bermaksud :

Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.

 

Lihat selanjutnya...(107)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh.
Kurik Kundi Merah SagaOrang buat tikar pandan berduri, Jangan buat pandan mengkuang; Kita hidup sedarkan diri, Jangan hidup dibenci orang.
Kurik Kundi Merah SagaHidup api jerang belanga, Hendak masak kepala kurau; Abang pergi jangan lama, Tiada kawan hendak bergurau.
Kurik Kundi Merah SagaKayu hidup dimakan api, Sayang senduduk tanpa berbunga; Pada hidup baik kumati, Kalau kuhidup apa gunanya.
Kurik Kundi Merah SagaCekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti.
Kurik Kundi Merah SagaJika begini mengalahnya, Kayu hidup dimakan api; Jika begini rasanya, Badanku hidup terasa mati.
Kurik Kundi Merah SagaCekur manis cemperai hidup, Lada muda di punca kain; Saya tak tangis bercerai hidup, Badanku muda mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaCekur manis cemperai hidup, Hendak rama di punca kain; Kami tak tangis bercerai hidup, Sama-sama mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaSakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau begini naga-naganya, Kayulah hidup dimakan api; Kalau begini rasa-rasanya, Dari hidup baiklah mati.
12345678910...

Kembali ke atas