Kurik Kundi Merah Saga | Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir mudik batang berdahan, Batang mengkudu pecah uratnya; Haus lapar dapat kutahan, Hati rindu apa ubatnya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak buaya hilir mudik, Karam pipit bawah jerami; Dari paya Bukit Kelik, Baru lepas malu kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Daud pulang dari pekan, Sampai hilir mudik ada; Benar diraut yang mana ikan, Di mana pokok di situ ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik galah hilir galah, Galah pusing di dalam perahu; Duduk salah berdiri salah, Hati runsing orang tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir sehari mudik sehari, Singgah menyincang nangka muda; Tak minum sehari makan sehari, Asalkan bertentang sesama muda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir Dayak mudik pun Dayak, Sarat memuat pekasam ubi; Jikalau tuan kurang percaya, Belahlah dada tengok hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu. |