Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Manis sungguh tebu sebatang,
     Dari akar hingga ke pucuk;
Manis sungguh mulut orang,
     Terkena tipu dalam pujuk.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang.
Kurik Kundi Merah SagaManis sungguh tebu sebatang, Dari akar hingga ke pucuk; Manis sungguh mulut orang, Terkena tipu dalam pujuk.
Kurik Kundi Merah SagaDi tengah padang sambil berlari, Kita bermain hingga ke petang; Dengan tidak aku sedari, Rupa-rupanya dibenci orang.
Kurik Kundi Merah SagaKusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaKusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaDipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berkayuh dalam perahu, Kerana hendak mudik ke hulu; Minta selamat pengantin baru, Dari anak hingga ke cucu.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cina anak Cinaku, Jawa bodoh balik ke Bugis; Jangan berniaga barang tak laku, Hingga berlapuk jual tak habis.

Kembali ke atas