Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.doh] | هودوه

Definisi : 1. buruk, jelik (rupa dll); 2. terlalu bodoh (dungu); menghodohkan menyebabkan buruk, jelik (rupa dll): parut di muka memang ~ wajah; kehodohan keadaan atau sifat hodoh: sukar utk kita mengakui ~ hidup kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ho.doh] | هودوه

Definisi : tidak elok; buruk (bkn rupa se­se­orang dll): Rupanya ~, tetapi hatinya baik. menghodohkan menjadikan hodoh. kehodohan keadaan hodoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hodoh
Rujuk :buruk

Puisi
 

Anak beruk di kayu rendang,
     Meniti turun ke tepi paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gagak bersuara murai.

Bermaksud :

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

 

Lihat selanjutnya...(11)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAmbil buluh dibuat sasak, Nak dipagar batas bertenang; Akulah hodoh bertambah sesak, Tak ada siapa yang nak kenang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya.
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.

Kembali ke atas