Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat di Gunung Api, Bakar udang di tengah reba; Saya tak larang tuan berlaki, Kasih sayang jangan dilupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Musang jebat di Kampung Cik Raoh, Dari jauh disangka kucing; Hujan lebat air pun keruh, Cuba-cuba turun memancing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tengku Pangiran Datuk di Jambi, Naik ke darat mencari getah; Berasa hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si kain pelikat Raja Pangeran, Tuang serbat di dalam takar; Sangat ajaib kerja yang hairan, Hujan lebat rumah terbakar. |