Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas ribut berdengung, Orang menjemur di tunggul mati; Kasih sayang duduk termenung, Apa masyghul dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas pagi hari, Ayam putih masuk reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kekasih guna teraban. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas embun berderai, Patah kemudi haluan perahu; Hajat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas di bulan puasa, Bunga kenanga kembang di taman; Tilam emas bantal suasa, Manakan sama berbantal lengan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke ladang, Ambil saya sebatang buluh; Tuan umpama pohon rendang, Hujan panas tumpang berteduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak dua beradik, Pergi ke pasar beli padi; Saya asal teras yang baik, Hujan panas serba jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telur penyu di hujung pasir, Ditimba oleh hujan panas; Apa direnung apa difikir, Setegal rindu hati yang panas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok hijau baru berdaun, Habis daunnya dipetik budak; Hujan tidak panas setahun, Cabang dan ranting bertunas jugak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas serumpun tidak berduri, Rasanya manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. |