Kurik Kundi Merah Saga | Hendak ke huma boleh ke huma, Jangan dipijak si anak padi; Hendak tanya bolehlah tanya, Tanyalah jangan menyakitkan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke huma mencari capa, Capa ada di pokok inai; Sudah lama tidak berjumpa, Rasa abang macam tak kenal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung jeladan singgah di huma, Anak balam turun ke paya; Budi laksana sinar purnama, Manusia alam menumpang cahaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu jati di tepi huma, Lilit akar ribu-ribu; Kalau hati inginkan bunga, Cari akal dengan tipu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke huma, Tolong penggal pisang sesikat; Kalau tuan menjadi bunga, Saya menjadi helang pengikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke huma, Tolong penggal pisang sesikat; Kalau tuan menjadi bunga, Saya menjadi helang pengikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika tuan pergi ke huma, Ambilkan saya buah timun; Kalau tuan menjadi bunga, Saya menjadi air embun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Wan Empuk Wan Malini, Membuat huma di Bukit Siguntang; Kalau kuturutkan hatiku ini, Harus mati di mata pedang. |