| Kurik Kundi Merah Saga | Sudah reka baru dikarang, Ikan di laut ibarat bakorang; Dari dahulu sampai sekarang, Budi tuan diingatkan orang. | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Orang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang. | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau beli bunga selengkar, Tanya dulu berapa harganya; Ibarat telur penuh sesangkar, Pecah sebiji pecah semua. | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke tanjung, Kirim saya bunga dahlia; Ibarat api dalam tanglong, Angin yang mana padamkan dia? | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Burung punai burung tiung, Terbang dia seperti nuri; Tuan ibarat bagai payung, Saya di bawah merendah diri. | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak dipatuk tedung, Dibuat-buat menangis-nangis; Saya ibarat buah kedondong, Dahulu kelat kemudian manis. | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Seri Andalas sekota embun, Dari Gersik ke Surabaya; Kasih ibarat setitik embun, Hilang kabus nampak dia. | 
			
				| Kurik Kundi Merah Saga | Seri Andalas sekota embun, Dari Gersik ke Surabaya; Kasih ibarat setitik embun, Hilang kabus nampak dia. |