Kurik Kundi Merah Saga | Kemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga rampai dalam cepu, Taruh mari dalam raga; Ucap selamat pengantin baru, Ibu bapa menumpang suka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika puan betul nareka, Tareka saya kain kasa; Jika tuan benar suka, Pulang berunding dengan ibu bapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja? |
Kurik Kundi Merah Saga | Labuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Boleh ganti bunga kelapa, Bunga kelapa di Padang Jongok; Boleh cari ibu dan bapa, Siapa pula nak mengaku anak? |