Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Asam rumbia dibelah-belah,
     Buah separah dalam raga;
Dunia ikut firman Allah,
     Akhirat juga mendapat syurga.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.

Bermaksud :

Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBasuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang.
Kurik Kundi Merah SagaAsam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga.
Kurik Kundi Merah SagaPok-pok bunga di kendi, Dalam kendi berkaca bunga; Ikut turut mengenal budi, Dalam budi saya terkena.
Kurik Kundi Merah SagaMinum kopi taruh susu, Kurang manis taruh gula; Kalau ikut hawa nafsu, Kalau tak mati separuh gila.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu anak Brunei, Cari makan menimba jala; Jangan ikut arus di sungai, Takut terkepung pintu kuala.
Kurik Kundi Merah SagaTalinya sumbang tidaklah kena, Pukul gendang sambil berdiri; Abang ikut barang ke mana, Adik nak bawa rumah sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut tanahnya lembah, Sarang penyengat perdu mengkuang; Jikalau ikut sampai ke rumah, Takut ditengok olehlah orang.
Kurik Kundi Merah Saga9Gunung dari Kelebang, Sampai ke Jeddah membawa guni; Jangan sebarang ikut abang, Abang sudah ada bini.
Kurik Kundi Merah SagaJangan dibuka ikat ikan, Dayang Intan hendak ke perigi; Hilang ikut permata intan, Intan belum terbit lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBawang dibeli di kedai Cina, Cina apek di kedai kopi; Adik ikut barang ke mana, Adik hendak bersama mati.
1234

Kembali ke atas