| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mail menambat lembu, Dapat seekor ketam bertandan; Cantik puan pakai ilmu, Sungguh ilmu orang tak pandang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjamu bulan terang, Hari Ahad tanah seberang; Tuntut ilmu jangan kurang, Ke liang lahad tergolek seorang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Isnin, Malam besok malam Selasa; Tuntutlah ilmu sampai berkenan, Lepaslah kamu dari seksa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah. |