Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.nang] | اينڠ

Definisi : perempuan yg menjaga (memandikan dll) anak tuannya (biasanya anak raja-raja atau anak orang besar-besar): baginda telah memilih beberapa orang perempuan yg muda-muda utk menjadi ~ kpd anakanda baginda itu; ~ pengasuh perempuan yg menjaga dan mengasuh (kadang-kadang menjadi teman puteri raja bermain-main); mak ~ panggilan yg agak hormat kpd inang yg telah berumur; penghulu ~ sl pegawai istana (perempuan) yg mengurus hal-hal istana; tarian ~ sj tarian tradisional Melayu; menginang menjadi inang (menjaga anak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.nang] | اينڠ

Definisi : 1 perempuan yg menjaga dan melayan anak-anak (biasanya anak raja-raja atau anak orang besar-besar): mak ~ panggilan yg hormat utk inang yg telah berumur. 2 = tarian ~ sj tarian tradisional Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inang (kata nama)
Bersinonim dengan dayah, inang pengasuh, inya.,

Puisi
 

Lang inang padi Daik,
     Padi sawah mahu guna;
Kalau mudah-mudahan baik,
     Esok boleh buat berguna.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaInang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya.
Kurik Kundi Merah SagaLang inang padi Daik, Padi sawah mahu guna; Kalau mudah-mudahan baik, Esok boleh buat berguna.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai menginang, Inang saya beras kunyit; Kalau tuan pandai membilang, Bilanglah saya bintang di langit.

Kembali ke atas