Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.de.ra] | ايندرا

Definisi : 1. = Betara I~ dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu); 2. sl sj dewa-dewa yg kurang tinggi martabatnya: beroleh selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan ~; 3. sl raja atau kerajaan; mahkota ~ mahkota raja; pulau ~ pulau tempat tinggal raja-raja; Pulau I~ Sakti sebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak); 4. gelaran orang besar-besar negeri; Dato’ Maharaja I~ gelaran orang besar-besar negeri Perak; keinderaan inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.de.ra] | ايندرا

Definisi : 1 roh yg dipercayai menguasai alam dan manusia (dr pandangan orang Hindu); dewa. 2 raja yg berkuasa; yg amat mulia: mahkota ~ mahkota raja. 3 gelaran kehormatan utk orang-orang besar negeri: Orang Kaya ~ Pahlawan. 4 rupa atau bentuk. menginderakan menjadikan berupa; memberi bentuk: Allah menjadikan suatu makhluk yg tidak boleh diinderakan, iaitu malaikat. keinderaan tempat segala dewa kayangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indera

Puisi
 

Pakai sepatu Indera Bangsawan,
     Sayang pak imam pergi ke kota;
Jangan begitu wahai kawan,
     Teguhkan iman di dalam dada.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRaja Sulung Indera Shah Johan, Gagah berani lagi perkasa; Kalau ada pertolongan Tuhan, Mana boleh rosak binasa.
Kurik Kundi Merah SagaPakai sepatu Indera Bangsawan, Sayang pak imam pergi ke kota; Jangan begitu wahai kawan, Teguhkan iman di dalam dada.
Kurik Kundi Merah SagaNegeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja.
Kurik Kundi Merah SagaNegeri Perlis Indera Kayangan, Tuanku Raja Syed Alwi; Kalau boleh bang duk angan-angan, Aku nak puasa tiga hari.
Kurik Kundi Merah SagaBunga pandan dalam serahi, Indera berarak ke Padang Temu; Betapa tuan dendam berahi, Bila gerangan hendak bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaCenderawasih raja burung, Turun di taman Indera Mambang; Perahu siap belayar belum, Nanti angin dari belakang.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Arif Shah masuk ke taman, Taman larangan Betara Indera; Arif bertemu dengan budiman, Terlebih indah laut mutiara.

Kembali ke atas