Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ni] | اين

Definisi : kata yg digunakan utk menunjuk waktu, tempat atau benda yg dekat: Binatang apa ~?. sekarang ~ pd masa sekarang; petang ~ petang nanti; ~ pula istimewa pula; lebih-lebih lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ini

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Di darat jua tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat jua akan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hari ini sedang panas panjang,
     kacang telah lupakan kulitnya.

Bermaksud :

Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(12)

33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini tanam-tanaman, Di darat jua tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat jua akan sungguhnya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
Kurik Kundi Merah SagaDulang ini dulang tembaga, Dibeli ada dipakai tidak; Malam ini malam celaka, Berjanji ada datang tidak.
Kurik Kundi Merah SagaAngin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu; Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini mengerik gemai, Mari letak atas batas; Malam ini kita beramai, Malam esok tinggal bekas.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini mengerik gemai, Mari gesek atas dulang; Malam ini kita beramai, Esok hari kita pulang.
Kurik Kundi Merah SagaIni rasa asam kelubi, Jatuh di laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah pun jauh hari pun malam.
Kurik Kundi Merah SagaHalia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini bulan pengani, Malam besok lindung tiang; Malam ini saya di sini, Malam esok saya nak pulang.
12345678910...

Kembali ke atas