Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : istimewa pula, lebih-lebih lagi, apa lagi, tambahan pula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inikan

Puisi
 

Anak punai anak merbah,
     Hari-hari mengangkut sarang;
Lautan lagi berubah,
     Inikan pula hati orang.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Salangkan tak hujan becak,
     inikan pula hujan.

Bermaksud :

Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan.
Kurik Kundi Merah SagaTanam kelapa dihempap pelepah, Tanam oleh anak Melayu; Besi kukembar lagi kupatah, Inikan pula dahan jambu.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang merbah dari Kuantan, Saya mencaruk telur pipit; Alangkan sepah saya makan, Inikan pula pinang bergigit.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Bandung airnya biru, Tempat budak mencuci muka; Lagi sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura dilanggar ribut, Ribut datang dari seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih digoncang ribut, Sebutir nasi jatuh ke ruang; Mulut naga lagi direbut, Inikan pula kekasih orang.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura dilanggar ribut, Ribut datang dari seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih digoncang ribut, Sebutir nasi jatuh ke ruang; Mulut naga lagi direbut, Inikan pula kekasih orang.
12345

Kembali ke atas