Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ti] | اينتي

Definisi : 1. isi (drpd gula, kelapa, dll) yg terdapat dlm kuih (spt karipap dll); ~ udang isi kuih yg dibuat drpd udang; 2. benda yg menyerupai inti; ~ sanggul isi sanggul (supaya nampak besar); 3. isi yg terpenting (dr sesuatu perkara), pati, sari: ~ perselisihan; soal kerjasama merupakan ~ perbincangan dlm mesyuarat itu; berinti berisi inti: lepat ubi yg tidak ~; kuih pau ~ kacang merah; berintikan mempunyai sesuatu sbg inti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.ti] | اينتي

Definisi : 1 isi yg terdapat dlm kuih yg dibuat drpd gula, kelapa dll. 2 ki bahagian yg terpenting drpd sesuatu; isi yg penting atau terutama: Apakah ~ perbincangan kita ini? ayat ~ salah satu drpd empat bentuk ayat yg paling sederhana sbg dasar terbentuknya ayat-ayat lain yg tidak terhitung jumlahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inti (kata nama)
Bersinonim dengan isi, ramuan.,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut.
Kurik Kundi Merah SagaKelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.
Kurik Kundi Merah SagaIndung kunyit pemanggang ayam, Ketupat nasi berisi inti; Dunia senget alam tenggelam, Belum dapat jangan berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading di laman belas, Buat ketupat berisi inti; Hancur daging tulang kukilas, Sudah dapat baru berhenti.

Kembali ke atas