Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil bertangga lima, Pakai menyalai ikan khasi; Pandang kecil tumpang bertanya, Berapa harga intan di sini? |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah ini asam kelubi, Jatuh ke laut timbul tenggelam; Inilah rasa mengenang budi, Rumahku jauh hari pun malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah buruk serambi tak baik, Serai seulas di dalam dulang; Rupa buruk budi pun tak baik, Apa guna kepada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah patung Kuala Linggi, Pohon sena di tepi air; Sudah terlangsung saya ke mari, Bagai minyak bercampur air. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah tepi padang, Boleh tidak menggantung kelambu; Dari sana sudahlah dagang, Pada siapa saya nak mengadu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar sasak tidak, Apa sasak daun buluh; Tuan bujang berbini tidak, Apa cacat dalam tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. |