Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Naik bukit menggali halia,
     Baik tergali tulang belut;
Kalau jadi kita berdua,
     Kita bergurau semalam suntuk.


Lihat selanjutnya...(29)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk.
Kurik Kundi Merah SagaApa lebih kepada belida, Sisik ada tulang pun ada; Tak dak lebih darimu dinda, Bahasa ada rupa pun ada.
Kurik Kundi Merah SagaAnak endong mandi berjirus, Sejuk sampai ke tulang sendi; Biasa kurenung biasa kubungkus, Berniaga belum pernah rugi?
Kurik Kundi Merah SagaGantung kelambu tinggi berdiri, Tempat gajah melonggok tulang; Adik takut undurlah diri, Biarlah saya mati seorang.
Kurik Kundi Merah SagaKulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit menggali halia, Baik sekali ke tulang belut; Jika jadi dengan adinda, Cik adik bergurau si bulan tutup.
Kurik Kundi Merah SagaKucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
123

Kembali ke atas