Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)

23

Barking dogs seldom bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(27)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaItu budak dua kelasi, Boleh tidak belayar kapal; Itu kain dua serasi, Boleh tidak bertukar pakai.
Kurik Kundi Merah SagaApi siapa di teluk itu, Tempat budak membakar kurau; Anak siapa secantik itu, Bolehkah kami menumpang gurau.
Kurik Kundi Merah SagaApi apa di teluk itu, Api orang membakar ketam; Laki siapa dipeluk itu, Laki orang pinang semalam.
Kurik Kundi Merah SagaKenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.
Kurik Kundi Merah SagaApa bunga tidak bertangkai, Itu bernama bunga rampai; Kalau tak pandai ilmu berkedai, Habis modal untung tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit bertangga batu, Itu bernama anak Si Abu; Lama ditunggu dapat satu, Lebih baik pasang bubu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau belah jangan panjang, Itu dah memang adat jati; Saya izinkan puan pulang, Tapi jangan lupa janji.
Kurik Kundi Merah SagaBesarlah kapal di pulau itu, Keluar asap bertambun-tambun; Kembanglah bunga di taman datu, Bertangkai kaca berdaun embun.
Kurik Kundi Merah SagaTabuh bunyi hari Jumaat, Itu bernama gendang raya; Bagai nabi kasih umat, Begitu juga kasih saya.
12345

Kembali ke atas