Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.zin] | ايذين

Definisi : Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.zin] | ايذين

Definisi : pernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu: Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
izin
Kata Terbitan : keizinan, mengizinkan,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEncik Din orang Melayu, Mari berhuma tengah jeramik; Saya tak izin saya tak mahu, Pulang ke rumah mengata kamek.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membelah jati, Belah jangan terlampau panjang; Jangan tuan berkecil hati, Saya memohon izin pulang.
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaCincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri.

Kembali ke atas