Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ga] | جاݢ

Definisi : 1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanak-kanak itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~ rumah tempat orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal (mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp atendan letak kereta; berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; men­jaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh: dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd, me­melihara: tiap-tiap orang patut ~ ke­si­hatan dirinya sendiri; 4. berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ ber­sung­guh-sung­guh supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi; menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu ~nya pd pukul enam pagi; terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2. peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya; kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk; penjagaan hal atau perbuatan menjaga; penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ga] | جاݢ

Definisi : (dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur): Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan: Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga yang di pasu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Berkubu sebelum alah.

Bermaksud :

Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(5)

385

Keep your nose out of other people’’s business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jaga tepi kain orang

'' Keep your nose out of other people's business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

'' Jangan jaga tepi kain orang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga yang di pasu.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik jaga kemudi, Kita tahu pergi kuala; Selama banyak kain berkodi, Songket di gedung jarang jumpa.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaDari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hutan pasang pelantik, Jaga denai tempat lalu; Tuah ayam tengok sisik, Tuah orang mana tahu.
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaDari Daik ke Inderagiri, Dari Jeddah ke negeri China; Baik-baik jaga diri, Kita sudah selalu terkena.
Kurik Kundi Merah SagaKuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaDari seberang pergi ke Deli, Bawa utusan dari sana; Gelombang besar jangan peduli, Jaga olak dari mana.
12

Kembali ke atas