Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lan] | جالن

Definisi : 1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)

639

Where there's a will there's a way

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

My determination did not waver. I know it's not easy task but where there's a will there's a way. Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDang empat berjalan-jalan, Jalan-jalan ke rumah; Air mataku tumpah di jalan, Mengenang badanku terlalu murah.
Kurik Kundi Merah SagaJalan-jalan di kaki lima, Bawalah pulang ikan gelama; Budi tuan sudahlah diterima, Jadikan hutang selama-lamanya.
Kurik Kundi Merah SagaSatu Cina satulah Melayu, Jalan-jalan tengah halaman; Jangan disangka bunga dah layu, Kalaulah kembang peruntuh iman.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pandai labangis, Jalan-jalan atas keranda; Adinda tuan jangan menangis, Ambil geguling ganti kakanda.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Ahad, Malam besok malam Isnin; Inilah jalan-jalan makrifat, Tuntutlah ilmu sampai berkenan.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat.
Kurik Kundi Merah SagaKiri jalan kanan jalan, Sama tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaKiri jalan kanan jalan, Batang pauh dibuat titi; Kirim jangan pesan jangan, Biar sama berjauh hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja jalan berpimpin, Jalan mari tepi pantai; Sudah sampai buah bermusim, Paksa kelompang dengan tupai.
Kurik Kundi Merah SagaNasi kunyit gulai ayam, Mari makan di Batu Melintang; Topi senget jalan malam, Jalan mencari sanggul melintang.
12345678910...

Kembali ke atas