Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ba.ngan] | جمبڠن

Definisi : 1. tempat mele­takkan bunga; 2. pasu bunga; 3. Jw pasu; 4. belanga besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba.ngan] | جمبڠن

Definisi : tempat menaruh bunga; pasu bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambangan

Puisi
 

Sirih cina jambangan cina,
     Lalu dibungkus di dalam kertas;
Saja rupa adik tak bena,
     Di dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJambangan tumbuh di besen, Akan dihantar Si Raden Galuh; Sapu tangan saya membikin, Pohon akan pemalit peluh.
Kurik Kundi Merah SagaSirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaSirih cina jambangan cina, Lalu dibungkus di dalam kertas; Saja rupa adik tak bena, Di dalam hati haram tak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaRautlah nyiru jambangan lidi, Jikalau mandi bersesah jangan; Jikalau mahu kami, Jikalau jadi menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Saja rupa bena tak bena, Di dalam hati haramtak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Ayuhai tuan tumpang bertanya, Di dalam hati tidak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Saya rupa tak beza, Di dalam hati rasa tak lepas.
Kurik Kundi Merah SagaHelang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh semangga-mangga, Puteri mandi dalam jambangan; Meski jauh rumah tangganya, Hilang di mata di hati jangan.
12

Kembali ke atas