Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Labuan jambatan batu, Tempat mengisi tudung pelikat; Dari tuan dulu satu, Nyawa di badan disimpan lipat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon pinang jambatan mandi, Kain ini kain kubeli; Kasih kupinang mengikat janji, Main ini main mencuri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berlakon Jambatan Koleh, Gereja hangus dimakan api; Kalau dilepas memang tak boleh, Di atas tangga berhayun kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hempas-hempas jambatan pulih, Ikat gagak dimakan api; Hitam lepas putih tak boleh, Buang tangga berhayun kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak atas jambatan, Campak batu seorang satu; Ramai duduk di medan, Campak pantun seorang satu. |