Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambi

Puisi
 

Pangeran duduk di Jambi,
     Puyuh maharam di atas padi;
Sangat hairan di hati kami,
     Guruh menderam hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMenangkap buaya orang Jambi, Buaya ditangkap di pintu kuala; Sudahlah kaya pandai berbudi, Bagailah mana hati tak gila.
Kurik Kundi Merah SagaPangeran duduk di Jambi, Puyuh maharam di atas padi; Sangat hairan di hati kami, Guruh menderam hujan tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaTengku Pangiran Datuk di Jambi, Naik ke darat mencari getah; Berasa hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaSangat hairan datuk di Jambi, Puyuh mengeram di atas getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan menderam tanah tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke Jambi, Lipat kajang kemas-kemas; Kalau tuan hendakkan kami, Carikan kijang bertanduk emas.
Kurik Kundi Merah SagaHujan lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaDatuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaAsam lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung ke Jambi, Putik nanas di dalam kebun; Adik tak belas memandang kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut dalam pinggan, Padi Jambi tepi perigi; Janji mulut boleh lupakan, Janji hati bawa ke mati.

Kembali ke atas