Kurik Kundi Merah Saga | Jambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saku berisi buah jambu, Hendak dibawa ke pekan sehari; Kalau sudah kata begitu, Marilah kita mengikat janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Api apa di Tanjung Jambu? Api Pak Jenal di hujung perahu; Anak siapa berdua itu? Sahaja kenal nama tak tahu. |