Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berjamu 1. melayani atau memberi makan dan minum kpd orang(-orang) lain (tetamu): mereka sedang sibuk ~; 2. pergi berkunjung (bertandang): ~ ke rumah Ali; menjamu, menjamui, memperjamu mem­­­­­­­­beri makan dan minum kpd orang-orang lain (tetamu): mereka ~ sekalian orang yg datang itu; mereka itu sekalian di(per)jamu minum­an teh dan kopi; ~ mata ki melihat sekehendak hati (barang-barang yg dipamer­kan dll); ~ selera makan dgn sepuas-puasnya: mereka ~ selera dgn makanan yg di­hidangkan; jamuan 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan; ~ berselerak jamuan apabila tetamu duduk berselerak dan mengambil makanan sendiri di suatu tempat yg telah disediakan; ~ besar majlis jamuan utk bilangan jemputan yg ramai dan biasanya diikuti oleh ucapan bankuet; ~ negara jamuan besar yg diadakan oleh ke­rajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing yg mengunjungi negara secara rasmi); ~ ringan makanan yg tidak berat (spt kuih, buah-buahan, dsb) dihidang­kan; ~ teh majlis yg menyajikan teh, minum­an, dan makanan ringan lain; perjamuan perjumpaan utk makan minum, peralatan: saya rasa patut sungguh kita hadir di ~ itu; ~ suci Id santapan yg diadakan oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian); penjamuan perbuatan menjamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berjamu 1 sedang menerima tamu; sedang didatangi tamu. 2 pergi menziarahi; berkunjung; bertandang: Mereka hendak ~ ke rumah Ali. menjamu menerima tamu serta menghidangkan makanan kpdnya atau kpd mereka: Selepas menerima gaji, ia ~ kawan-kawannya dgn sate. menjamukan menghidangkan sesuatu spt makanan kpd tamu. jamuan 1 makanan yg dihidangkan kpd tamu; sajian: ~nya lazat-lazat. 2 majlis yg disertakan hidangan: Hari ini ada ~ di sekolah kerana meraikan guru yg baru itu. ~ negara jamuan besar yg diadakan oleh kerajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing yg mengunjungi negara secara rasmi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamu
Kata Terbitan : berjamu, menjamu, jamuan,

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai bertandang ke rumah janda.

Bermaksud :

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai.
Kurik Kundi Merah SagaGendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk.
Kurik Kundi Merah SagaNasi kuning semangkuk sabun, Mari jamu Raja Cina; Putih kuning bunga di kebun, Kembang sekuntum orang yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke Lembing seguni minyak, Pergi Jerantut membeli jamu; Kalau abang nak berbini banyak, Terlebih dahulu tuntut ilmu.

Kembali ke atas