Kurik Kundi Merah Saga | Sayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan diharap jagung kerbang, Entahkan berbuah entahkan tidak; Jangan diharap burung terbang, Entahkan singgah entahkan tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan diharap padi seberang, Entah bertuai entah tidak; Jangan diharap cinta orang, Entah bercerai entah tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ular lidi turun bertapa, Mari bertapa di kelopak kayu; Tidak menjadi tidak mengapa, Jangan saya diberi malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ular lidi lepas bertapa, Bertapa mari di bukulah kayu; Tidak jadi tidak mengapa, Jangan adinda mengasi ku malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika tidak benih tumbuh, Jangan dicabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan direbut kekasih orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan dipukul jangan dimaki, Amun tidak hendak antaran pulang. |