Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut dalam pinggan, Padi Jambi tepi perigi; Janji mulut boleh lupakan, Janji hati bawa ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah bacang buah kuini, Dibawa orang dari tanjung; Bukannya mudah memegang janji, Makan hati berulam jantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api naik berjurai, Terkerat tali di haluan perahu; Hajat hati tak mahu bercerai, Janji tersurat siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu. |