Kurik Kundi Merah Saga | Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jantung ini jantung sekerat, Limau purut dalam ceper; Pantun ini pantun ibarat, Dalam perut mencari fikir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jantung pisang jangan dipatah, Jika patah binasa isi; Jantung hati badan bertuah, Menyelamatkan kamu yang akan pergi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah pepahkan jantung, Jantungnya jatuh ke balik pagar; Saya tak mahu berbalas pantun, Pantun saya baru belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mana perginya si pisang jantung, Akan dimasak santan kelapa; Kalau saya mati bergantung, Kerana tuan tidak mengapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hai mana si pisang jantung, Akan dimasak santan kelapa; Kalau saya mati bergantung, Kerana tuan tidak mengapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung. |