Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jaranglah jarang makan tebu, Anak sembilang menggigit jari; Jaranglah jarang kita bertemu, Dalam sebulan dua kali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunting saya gunting kecil, Jarang sekali guntingkan daun; Anak saya lagi kecil, Minta tangguh barang setahun. |